Putrajaya, 19 Ogos 2024 – Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) telah menyertai Kejohanan Badminton Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) Tahun 2024 yang berlangsung pada 15 hingga 18 Ogos 2024 bertempat di Arena Badminton, DBKL, Cheras. BPJPM telah menghantar lima (5) kategori pemain iaitu Perseorangan Lelaki Terbuka, Perseorangan Wanita, Bergu Lelaki Veteren, Bergu Campuran dan Bergu Lelaki Terbuka.