Putrajaya, 3 Disember 2024 – Satu Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil telah diadakan sempena Majlis Penyerahan Projek Kerja-kerja Baik Pulih dan Menaiktaraf serta Lain-lain Kerja Berkaitan di Rumah Operasi, Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri.
Majlis yang berlangsung dihadiri oleh kakitangan Bahagian Perlindungan serta wakil daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Bacaan Yasin dan Tahlil ini bertujuan untuk memohon keberkatan, kesejahteraan, dan perlindungan ke atas bangunan yang telah selesai dinaik taraf.
Upacara ini mencerminkan komitmen Bahagian Perlindungan untuk memupuk nilai spiritual dan memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan membawa manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Majlis berakhir dengan doa kesyukuran, simbolik kepada kejayaan projek ini yang dijangka meningkatkan kecekapan operasi Rumah Operasi demi memenuhi tanggungjawab melindungi keselamatan saksi penting negara.