Jumaat 27 Disember 2024 / 25 Jamadilakhir 1446
Image

Majlis Penutup Bulan Sukan Negara BPJPM 2024

Putrajaya, 29 Oktober 2024 -  Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Sukan Negara BPJPM 2024. Majlis ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, Ketua Pengarah BPJPM.

Acara ini berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh semangat. Tayangan montaj memaparkan pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang Minggu Sukan BPJPM, dari 21 hingga 25 Oktober 2024. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk sukan ping pong, permainan tradisional batu seremban dan congkak, catur dan dart yang melibatkan penyertaan ramai warga BPJPM.

Majlis turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah yang menambah keterujaan warga BPJPM. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang sebagai penghargaan atas semangat kesukanan yang ditunjukkan. Para hadirin turut menikmati jamuan makan tengah hari bersama, yang menyemarakkan lagi semangat kekeluargaan dan perpaduan dalam kalangan warga BPJPM.

Majlis ini bukan sahaja meraikan pencapaian, tetapi juga mengukuhkan hubungan sesama warga jabatan melalui sukan dan aktiviti sihat.

 


Hubungi Kami

Bahagian Perlindungan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 7, Menara Usahawan,
Persiaran Perdana Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  •  +603-8000 8500
  • +603-8861 3636

Tag

Versi Mobile

http://www.bp.gov.my/

Statistik Pengunjung

Hari ini
:
 

Semalam
:
 

Minggu Ini
:
 

Bulan
:
 

Keseluruhan
:
 

Kemaskini Terakhir

 

VCNT - Visitorcounter

Today 4

Yesterday 70

Week 349

Month 2384

All 63465

Currently are 3 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • 18 Disember 2024.
Hak Cipta © Bahagian Perlindungan JPM 
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Microsoft Edge & Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768

Laman Web Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Hal Ehwal Undang - Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri

Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

PRIMTECH

asmall amed abig blue red reset mas en