Sesi Berbasikal "FUN RIDE & RUN" warga BPJPM sempena Bulan Sukan Negara Tahun 2024
- Hebahan
- Jumlah paparan: 123
Putrajaya, 17 Oktober 2024 - Sesi berbasikal "FUN RIDE & RUN" warga BPJPM sempena Bulan Sukan Negara Tahun 2024 telah berlangsung dengan meriah di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. Program ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan BPJPM dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah BPJPM, YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid.
Majlis turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah serta para Pengarah Cawangan yang hadir untuk memeriahkan acara. Aktiviti ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat, tetapi juga mengeratkan hubungan antara warga BPJPM dalam suasana yang santai dan ceria.