MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2024 DAN JASA MU DIKENANG 2025 BAGI KLUSTER UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI (URI)
- Hebahan
- Jumlah paparan: 38
Pada 20 Mei 2025, di Hotel Marriot, Putrajaya, YBhg. Dato' Sri Azalina Othman Said telah merasmikan Majlis Apresiasi Tahun 2025 Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) kepada 188 penerima.
Seramai 157 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta 31 pesara telah diraikan, terdiri daripada warga Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Bahagian Perlindungan (BP), Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK), Akademi Perundangan Negara (APN), Lembaga Penasihat (LP) serta dua orang pegawai pentadbiran dari Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Majlis ini juga memberi penghormatan kepada 31 pesara JPM yang telah dan akan menamatkan perkhidmatan mereka pada tahun 2025, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka kepada negara sepanjang tempoh perkhidmatan. Seramai 6 orang penerima APC 2024 dan seorang pesara yang menerima AJD 2025 adalah dari Bahagian Perlindungan, JPM
Penerima Anugerah Jasamu dikenang tahun ini adalah DSP Anuar bin Md Azali @ Md Ghazali, Timbalan Pengarah Operasi 1, Cawangan Operasi. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Inspektor di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak, Kuala Lumpur, pada 1 November 2002. DSP Anuar, yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di IPD Kuantan, Pahang, telah menyertai Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri pada 16 Jun 2022. Setelah berkhidmat dengan cemerlang selama tiga tahun (3) di Bahagian Perlindungan, beliau telah bersara secara pilihan pada 31 Mac 2025.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada pihak urus setia serta semua jabatan dan agensi yang telah memberi kerjasama dan komitmen dalam menjayakan majlis ini.