Sabtu 07 Jun 2025 / 10 Zulhijah 1446
Image

SEMINAR PROGRAM PERLINDUNGAN SAKSI BILANGAN 1/2025 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

PULAU PINANG, 7 Mei 2025 - Seminar Program Perlindungan Saksi Bilangan 1 Tahun 2025 anjuran Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) telah disempurnakan perasmiannya oleh YDH CP Datuk Hamzah bin Hj. Ahmad, Ketua Polis Pulau Pinang, pagi ini di G Hotel Gurney, George Town, Pulau Pinang.

Seminar ini dianjurkan bertujuan untuk menyebar luas kefahaman mengenai Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696] dan Program Perlindungan Saksi itu sendiri kepada semua agensi penguatkuasaan di negeri Pulau Pinang.

Akta 696 merupakan satu-satunya Akta yang memperuntukkan program perlindungan saksi bagi menangani gejala ugutan dan ancaman kepada saksi-saksi penting dalam sesuatu kes jenayah berat terutamanya kes jenayah terancang dan sindiket serta melibatkan kepentingan awam.

Fungsi dan peranan BPJPM juga jelas dinyatakan dalam Akta 696 ini yang memberikan perlindungan dan bantuan secara holistik dan munasabah kepada peserta Program Perlindungan Saksi tanpa henti. Ini adalah selaras dengan prinsip BPJPM yang tidak berkompromi dengan sebarang unsur ketirisan keselamatan dan seiring dengan motto BPJPM iaitu 'Perlindungan Saksi Tonggak Sistem Keadilan Negara'.

Antara inti pati program adalah Pembentangan Kertas 1 mengenai “Perlindungan Keselamatan dan Kebajikan Saksi dari Perspektif Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696]” oleh YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, Ketua Pengarah BPJPM.

Program diteruskan dengan Pembentangan Kertas 2 dan Kertas 3 oleh YBrs. Puan Nur Hidayah Raihan binti Md. Nasir, Pendaftar BPJPM. Pembentangan Kertas 2
dan pembentangan Kertas 3 yang menerangkan mengenai prosedur siasatan bagi pertimbangan kemasukan ke dalam Program Perlindungan Saksi dan keberkesanan Program Perlindungan Saksi dalam prosiding perbicaraan di mahkamah dalam melindungi keselamatan saksi.

Seramai 250 orang peserta telah menghadiri seminar ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang, Jabatan Imigresen Negeri (JIM) Pulau Pinang.

 

 

 


Hubungi Kami

Bahagian Perlindungan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 7, Menara Usahawan,
Persiaran Perdana Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  •  +603-8000 8500
  • +603-8861 3636

Tag

Versi Mobile

http://www.bp.gov.my/

Statistik Pengunjung

Hari ini
:
 

Semalam
:
 

Minggu Ini
:
 

Bulan
:
 

Keseluruhan
:
 

Kemaskini Terakhir

 

VCNT - Visitorcounter

Today 195

Yesterday 192

Week 1029

Month 1116

All 81866

Currently are 6 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • 04 Jun 2025.
Hak Cipta © Bahagian Perlindungan JPM 
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Microsoft Edge & Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768

Laman Web Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Hal Ehwal Undang - Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri

Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

PRIMTECH

asmall amed abig blue red reset mas en