Jumaat 18 Oktober 2024 / 14 Rabiulakhir 1446
Image

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri Ke Atas Ketua Polis Pahang

Kuantan, 8 Oktober 2024 Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, Ketua Pengarah BPJPM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH DCP Dato’ Noor Hisam bin Nordin - Timbalan Ketua Polis Pahang mewakili YDH CP Dato' Sri Yahaya bin Othman, Ketua Polis Pahang, hari ini bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Kunjungan hormat ini adalah untuk menzahirkan penghargan terima kasih kepada YDH Ketua Polis Pahang atas kesudian untuk menjadi tuan rumah bagi Seminar Program Perlindungan Saksi Bilangan 2/2024 anjuran BPJPM yang akan dirasmikan oleh YDH Ketua Polis Pahang pada Rabu, 9 Oktober 2024 bertempat di Swiss-Belhotel Kuantan, Pahang.

Tujuan Seminar Program Perlindungan Saksi Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal dan pengetahuan berguna berkenaan Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696] kepada semua peserta yang hadir, terdiri daripada semua agensi penguatkuasaan dan pemegang taruh yang berkepentingan di negeri Pahang. Antaranya ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Pahang, Pejabat Pengarah Mahkamah Negeri Pahang, Unit Pendakwaan, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang (JPN Pahang), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKN Pahang) dan Jabatan Imigresen Negeri Pahang (JIM Pahang), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Pahang (SPRM Pahang) dan pelbagai Agensi Kerajaan di Pahang.

BPJPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YDH Ketua Polis Pahang dan PDRM Negeri Pahang atas kerjasama yang tinggi bagi menjayakan Seminar Program Perlindungan Saksi Bilangan 2/2024.

Semoga kunjungan hormat ini menyimpul jalinan hubungan baik dan kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak dalam menjayakan operasi dan tugasan pada masa akan datang.

Mengiringi Tuan Ketua Pengarah BPJPM semasa sesi kunjungan hormat ini ialah YDH Tuan SAC Mohd Faisal bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah; YDH Tuan ACP Skandaguru a/l Anandan @ Ananthurai, Pengarah Cawangan Operasi dan Puan Nur Hidayah Raihan binti Md. Nasir, Pendaftar BPJPM.


Hubungi Kami

Bahagian Perlindungan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 7, Menara Usahawan,
Persiaran Perdana Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  •  +603-8000 8500
  • +603-8861 3636

Tag

Versi Mobile

http://www.bp.gov.my/

Statistik Pengunjung

Hari ini
:
 

Semalam
:
 

Minggu Ini
:
 

Bulan
:
 

Keseluruhan
:
 

Kemaskini Terakhir

 

VCNT - Visitorcounter

Today 62

Yesterday 117

Week 430

Month 1329

All 58587

Currently are 8 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • 18 Oktober 2024.
Hak Cipta © Bahagian Perlindungan JPM 
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Microsoft Edge & Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768

Laman Web Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Hal Ehwal Undang - Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri

Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

PRIMTECH