Lawatan Ke Muzium & Balai Sg Lembing Kuantan, Pahang sempena Program Outreach BPJPM
- Galeri Gambar
- Jumlah paparan: 85
Kuantan, 9 Oktober 2024 – Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, Ketua Pengarah BPJPM telah mengadakan lawatan ke Muzium dan Balai Sungai Lembing, Kuantan, Pahang hari ini.
Lawatan ini memperkenalkan peserta kepada sejarah perlombongan bijih timah di Sg Lembing, yang pernah menjadi pusat ekonomi utama. Warga BPJPM berpeluang melihat artifak perlombongan, terowong bijih timah, serta mendengar kisah sejarah tempatan. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara warisan sejarah untuk generasi akan datang.