Ahad 08 September 2024 / 4 Rabiulawal 1446
Image

Majlis Pelancaran Jersi Pasukan Bola Sepak Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri

Putrajaya, 18 Julai 2024 - Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) hari ini telah mengadakan majlis pelancaran jersi pasukan bola sepak mereka yang baharu. Majlis yang berlangsung dengan penun meriah di ruang legar BP JPM itu telah menarik perhatian warga BPJPM yang hadir.

Majlis ini telah dirasmikan ole Ketua Pengarah BPJPM, YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, yang dalam ucapannya menyatakan harapan beliau agar jersi baharu ini akan menyuntik semangat dan motivasi kepada pasukan bola sepak BPJPM untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam Kejohanan Bola Sepak MAKSWIP 2024 yang bermula pada 19 Julai 2024.

Jersi baharu pasukan ini direka dengan warna yang lebih segar dan dinamik, mencerminkan semangat juang dan profesionalisme BPJPM. Reka bentuk jersi ini juga menampilkan logo BPJPM dengan lebih jelas, sebagai simbol kebanggaan dan identiti Jabatan.

Selain pelancaran jersi, majlis tersebut turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti gimik pelancaran jersi, tayangan montaj dan sesi fotografi pasukan bola sepak bersama pihak pengurusan BPJPM.

Para hadirin turut dijamu dengan pelbagai hidangan yang disediakan khas untuk majlis ini. Suasana majlis yang ceria dan penuh semangat menunjukkan sokongan padu warga BPJPM terhadap pasukan bola sepak mereka.

Majlis pelancaran ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada semangat kesukanan dalam kalangan kakitangan BPJPM serta memperkukuhkan lagi semangat kerjasama dan persaudaraan di antara mereka.


Hubungi Kami

Bahagian Perlindungan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 7, Menara Usahawan,
Persiaran Perdana Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  •  +603-8000 8500
  • +603-8861 3636

Tag

Versi Mobile

http://www.bp.gov.my/

Statistik Pengunjung

Hari ini
:
 

Semalam
:
 

Minggu Ini
:
 

Bulan
:
 

Keseluruhan
:
 

Kemaskini Terakhir

 

VCNT - Visitorcounter

Today 37

Yesterday 51

Week 566

Month 636

All 55503

Currently are 27 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • 03 September 2024.
Hak Cipta © Bahagian Perlindungan JPM 
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Microsoft Edge & Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768