Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bulan Mac 2025
- Galeri Gambar
- Jumlah paparan: 25
Putrajaya, 3 Mac 2025: Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bulan Mac 2025 telah berlangsung pada 3 Mac 2025 di Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri, Putrajaya, dengan kehadiran Ketua Pengarah, pengurusan atasan, serta warga Bahagian Perlindungan.
Dalam ucapan beliau, YAB Perdana Menteri menekankan peranan penting penjawat awam, terutamanya agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Jabatan Audit Negara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, dan Jabatan Pengangkutan Jalan, untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan berintegriti.
YAB Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa kerajaan, termasuk Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha Negara, dan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam, sentiasa memberi sokongan penuh dalam usaha memperkukuh sistem pentadbiran dan penguatkuasaan, selain komited untuk melakukan penambahbaikan apabila diperlukan.
Dalam kesempatan yang sama, beliau menyeru umat Islam, khususnya sempena bulan Ramadan, agar membudayakan pembacaan, pemahaman, dan penghayatan Al-Quran sebagai panduan dalam membezakan antara kebaikan dan keburukan.