MESYUARAT AGUNG KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN BAHAGIAN PERLINDUNGAN, JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2026
- Galeri Gambar
- Jumlah paparan: 486
24 Februari 2026, Putrajaya – Kelab Kebajikan dan Sukan Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2026 bertempat di Ruang Legar Cawangan Operasi, Bahagian Perlindungan JPM. Sesi mesyuarat dipimpin oleh barisan kepimpinan sesi 2024/2025 yang terdiri daripada Encik Mohammad Fadzli bin Ngatmi selaku Pengerusi, ASP Mohd Irwan bin Mamat selaku Timbalan Pengerusi, dan Puan Grace Philomena a/p Yacob selaku Setiausaha.
Agenda utama mesyuarat merangkumi pembentangan laporan aktiviti dan kewangan bagi tahun 2025, perancangan program bagi tahun 2026, serta perbincangan usul-usul berkaitan kebajikan ahli.
Sebagai tanda penghargaan kepada para ahli yang hadir, majlis diakhiri dengan edaran cenderamata dan kurma kepada semua ahli kelab.
Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu sesi 2026/2027 yang terpilih pada kali ini. Diharapkan barisan AJK baharu dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan komitmen tinggi.

