Perbincangan Awal Cadangan Pindaan Akta Perlindungan Saksi 2009 bersama dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM, pada 18 Februari 2025
- Galeri Gambar
- Jumlah paparan: 65
Putrajaya, 18 Februari 2025: Satu perbincangan awal bersama dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) telah diadakan bagi membincangkan mengenai cadangan pindaan kepada Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696]. Perbincangan ini bertujuan untuk meneliti dan memperhalusi pindaan yang dicadangkan bagi meningkatkan keberkesanan Akta 696 dalam memberikan perlindungan kepada saksi.