Jumaat 18 Oktober 2024 / 14 Rabiulakhir 1446
Image

Seminar Program Perlindungan Saksi Bil. 1/2024

KELANTAN, 12 Jun 2024 - Seminar Program Perlindungan Saksi Bilangan 1 Tahun 2024 anjuran Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) telah disempurnakan perasmiannya oleh YDH CP Dato’ Muhamad Zaki bin Harun, Ketua Polis Kelantan, pagi ini di Hotel Renai Kota Bharu.

Seminar ini dianjurkan bertujuan untuk memberi maklumat berhubung kuasa perlindungan kepada peserta program di bawah kuasa Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696]. Akta ini merupakan satu-satunya Akta yang memperuntukkan program perlindungan saksi bagi menangani gejala ugutan dan ancaman kepada saksi-saksi penting dalam sesuatu kes jenayah berat terutamanya kes jenayah terancang dan sindiket serta melibatkan kepentingan awam.

Fungsi dan peranan BPJPM juga jelas dinyatakan dalam Akta 696 ini yang memberikan perlindungan dan bantuan secara holistik dan munasabah kepada saksi dan peserta Program Perlindungan Saksi tanpa henti. Ini adalah selaras dengan prinsip BPJPM yang tidak berkompromi dengan sebarang unsur ketirisan keselamatan dan seiring dengan motto BPJPM iaitu ‘Perlindungan Saksi Tonggak Sistem Keadilan Negara’.

Antara intipati program adalah Pembentangan Kertas 1 mengenai Perlindungan Keselamatan dan Kebajikan Saksi dari Perspektif Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696] oleh YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, Ketua Pengarah BPJPM.

Program diteruskan dengan Pembentangan Kertas 2 dan Kertas 3 oleh YBrs. Puan Nur Hidayah Raihan binti Md.Nasir, Pendaftar BPJPM. Pembentangan Kertas 2 dan 3 ini menerangkan mengenai prosedur siasatan bagi pertimbangan kemasukan ke dalam Program Perlindungan Saksi dan keberkesanan Program Perlindungan Saksi dalam prosiding perbicaraan di mahkamah dalam melindungi keselamatan saksi.

Seminar ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Kelantan, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan dan pelbagai agensi penguatkuasaan serta pemegang taruh yang berkepentingan di Negeri Kelantan.

 


Hubungi Kami

Bahagian Perlindungan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 7, Menara Usahawan,
Persiaran Perdana Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  •  +603-8000 8500
  • +603-8861 3636

Tag

Versi Mobile

http://www.bp.gov.my/

Statistik Pengunjung

Hari ini
:
 

Semalam
:
 

Minggu Ini
:
 

Bulan
:
 

Keseluruhan
:
 

Kemaskini Terakhir

 

VCNT - Visitorcounter

Today 61

Yesterday 117

Week 429

Month 1328

All 58586

Currently are 10 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • 18 Oktober 2024.
Hak Cipta © Bahagian Perlindungan JPM 
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Microsoft Edge & Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768

Laman Web Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Hal Ehwal Undang - Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri

Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

PRIMTECH