Khamis 19 September 2024 / 15 Rabiulawal 1446
Image

Maklumbalas:
 
BPJPM mengambil maklum komitmen Kerajaan sepertimana termaktub dalam Buku Harapan, Teras 2; Mereformasi Institusi Pentadbiran dan Politik, Janji 15; Memisahkan Pejabat Pendakwaraya Negara daripada Pejabat Peguam Negara yang mana usaha pengasingan ini dilihat menghapuskan konflik kepentingan. Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696) ketika ini secara langsung memperuntukkan peranan Peguam Negara dalam fungsi / urusan program perlindungan saksi.
 
Semasa Perdana Menteri membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK11 pada 18 Oktober 2018, prinsip Keutamaan Meningkatkan Integriti dan Akauntabiliti ditekankan. Melalui prinsip ini, Kerajaan bertekad untuk memerangi rasuah secara menyeluruh melibatkan pelbagai sektor. SPRM akan ditransformasi sebagai badan bebas sepenuhnya dengan mengkaji semula Akta SPRM 2009. Perundangan mengenai pencegahan dan memerangi rasuah ini juga akan melibatkan kajian semula terhadap Akta 696.
Dalam konteks memenuhi aspirasi Kerajaan, BPJPM berpandangan, semakan semula Akta 696 perlu dibuat terhadap peranan Peguam Negara / Pendakwa Raya yang mana berkaitan. Ketika ini Peguam Negara membuat keputusan menerima masuk peserta dalam Program Perlindungan Saksi selaras Seksyen 10(3) dan menamatkan Program Perlindungan Saksi selaras Seksyen 16(2) dan 16(6). Malah, Peguam Negara juga perlu mengemukakan ulasan beserta syor Ketua Pengarah BPJPM sekiranya terdapat rayuan terhadap keputusan Peguam Negara kepada Menteri sama ada berhubung keputusan penerimaan masuk mahupun penamatan selaras Seksyen 10(5) dan 16(9).
 
Ironinya, takrifan saksi sepertimana termaktub dalam Seksyen 2, tidak terhad kepada kesalahan jenayah malah meliputi sebab-sebab lain dan ia juga terbuka kepada warganegara asing yang menghendaki perlindungan. Maka, peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya amat besar dalam Akta 696 dan perlu diperjelas skop masing- masing supaya tidak timbul kekeliruan. Hasrat Kerajaan untuk memperbaiki negara amat bertepatan dengan pengasingan kuasa ini dan seterusnya kepada perundangan berkaitan.

 

Maklumbalas:
 
BPJPM sekali lagi mengambil prinsip ketelusan dan keterbukaan sepertimana yg dijanjikan dalam Buku Harapan. Jika dilihat konteks keterbukaan dan ketelusan yang dijanjikan adalah dari aspek perbelanjaan Kerajaan dan kebebasan media. Walau bagaimanapun, pindaan yang perlu dibuat ke atas Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696) adalah sehingga tidak menjejaskan objektif dan fungsi Program Perlindungan Saksi. Kerahsiaan yang digariskan adalah bagi maksud keselamatan saksi itu sendiri dan kaum keluarga yang mungkin terjejas sekiranya skop keterbukaan dan ketelusan diluaskan kepada saksi. Saksi perlu dilihat sebagai aset penting yang perlu dilindungi segenap aspek dan sebarang ketirisan mampu menjejaskan Program Perlindungan Saksi
 
Pindaan sepertimana konsep yang diberitahu, akan menimbulkan ketidak patuhan / keingkaran agensi-agensi dalam memberikan bantuan yang dipohon Ketua Pengarah. Selaras Seksyen 6(1), mana-mana orang hendaklah memberikan bantuan kepada BPJPM apabila diminta oleh Ketua Pengarah BPJPM. Dikhuatiri pindaan boleh menggagalkan Program Perlindungan Saksi lantaran ketiadaan bantuan susulan risiko hukuman yang boleh disabitkan sekiranya berlaku ketidak patuhan.
Umum mengetahui, perlindungan saksi merupakan platform peserta bagi memastikan ancaman terhadap diri dan keluarga dpt dihapuskan. BPJPM khuatir susulan keterbukaan dan ketelusan meluas, ancaman masih wujud terhadap saksi dan mampu menjejaskan program.
 
Obligasi terhadap kerahsiaan merupakan tunjang Akta 696 dan ini juga dipraktikkan di negara-negara maju dan membangun yang lain seperti Australia dan Hong Kong. Malah, dari sudut relevansi bagi maksud pengukuhan usaha pencegahan rasuah, ia sama sekali tidak boleh dikaitkan susulan kedua-dua negara yang dibuat perbandingan berada di kedudukan 13 dan 14 (bersih rasuah) melalui bacaan Indeks Persepsi Rasuah sementara negara kita di kedudukan 61 daripada 180 negara yang dinilai. 

Hubungi Kami

Bahagian Perlindungan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 7, Menara Usahawan,
Persiaran Perdana Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  •  +603-8000 8500
  • +603-8861 3636

Tag

Versi Mobile

http://www.bp.gov.my/

Statistik Pengunjung

Hari ini
:
 

Semalam
:
 

Minggu Ini
:
 

Bulan
:
 

Keseluruhan
:
 

Kemaskini Terakhir

 

VCNT - Visitorcounter

Today 35

Yesterday 81

Week 257

Month 1446

All 56313

Currently are 47 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • 10 September 2024.
Hak Cipta © Bahagian Perlindungan JPM 
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Microsoft Edge & Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768