Rabu 23 September 2026 / 10 Rabiulakhir 1448
Image
×

kesilapan

The webmaster has forbidden your access to this site

DEWAN NEGARA LULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN SAKSI (PINDAAN) 2026

22 Julai 2026, Kuala Lumpur – Dewan Negara hari ini telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 dengan sokongan sebulat suara Ahli-Ahli Dewan Negara, sekali gus melengkapkan proses kelulusan Parlimen selepas rang undang-undang tersebut diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini.

Sesi penggulungan rang undang-undang berkenaan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Tuan M. Kulasegaran, yang menjelaskan objektif serta kepentingan pindaan tersebut dalam memperkukuh pelaksanaan Program Perlindungan Saksi. Pindaan ini merupakan satu langkah signifikan ke arah memperkemas kerangka perundangan sedia ada selaras dengan keperluan semasa, sejak Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696] mula dikuatkuasakan pada tahun 2010.

Proses kelulusan di Dewan Negara turut disaksikan oleh Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri, YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, bersama pegawai-pegawai Bahagian Perlindungan yang terlibat secara langsung dalam penyediaan dan pelaksanaan proses pindaan rang undang-undang tersebut.

Kelulusan Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh sistem keadilan negara melalui penambahbaikan perundangan yang lebih komprehensif. Pindaan ini dijangka dapat meningkatkan keberkesanan Program Perlindungan Saksi, sekali gus memperkukuh keyakinan saksi untuk tampil memberikan keterangan demi menegakkan keadilan.




Hubungi Kami

Bahagian Perlindungan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 7, Menara Usahawan,
Persiaran Perdana Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  •  +603-8000 8500
  • +603-8861 3636

Tag

Versi Mobile

http://www.bp.gov.my/

Statistik Pengunjung

Hari ini
:
 

Semalam
:
 

Minggu Ini
:
 

Bulan
:
 

Keseluruhan
:
 

Kemaskini Terakhir

 

VCNT - Visitorcounter

Today 219

Yesterday 244

Week 755

Month 5833

All 156403

Currently are 18 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • 22 September 2026.
Hak Cipta © Bahagian Perlindungan JPM 
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Microsoft Edge & Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768

Laman Web Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Hal Ehwal Undang - Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri

Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

PRIMTECH

asmall amed abig blue red reset mas en