Rabu 23 September 2026 / 10 Rabiulakhir 1448
Image
×

kesilapan

The webmaster has forbidden your access to this site

KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI – BICARA AKU KASIH MALAYSIA

5 Mei 2026, Putrajaya – Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) telah berjaya menganjurkan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI – Bicara Aku Kasih Malaysia yang berlangsung di Ruang Serbaguna, Bahagian Perlindungan. Program ini telah dihadiri serta disempurnakan oleh Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri, YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid.

Penganjuran kursus ini merupakan hasil kerjasama dan usaha kolektif barisan penyelaras daripada Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang diterajui oleh Puan Nurhafiza binti Mohammad Fadzil bersama Siti Nuruain binti Abu, Penolong Pengarah AKM. Program ini turut mendapat sokongan daripada barisan Sahabat Penggerak MADANI yang terdiri daripada Encik Mohd Aizal bin Halam Shah, Puan Sarifah binti Halim dan Encik Abdul Halim bin Ahmad.

Sepanjang program berlangsung, peserta telah mengikuti beberapa sesi pengisian yang memberi penekanan kepada aspek kenegaraan, kepimpinan dan penghayatan nilai Malaysia MADANI. Sesi 1 memberi tumpuan kepada pengukuhan elemen kenegaraan bagi memupuk jati diri serta semangat patriotisme dalam kalangan penjawat awam. Sesi 2 pula menekankan aspek kepimpinan berintegriti agar setiap pegawai dapat melaksanakan tanggungjawab dengan amanah selaras dengan aspirasi pentadbiran negara.

Seterusnya, Sesi 3 memberi pendedahan menyeluruh mengenai kerangka Malaysia MADANI, sekali gus membantu peserta memahami dan menghayati nilai-nilai tersebut dalam penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan. Program ini turut dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Ikrar Rukun Negara, yang bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan serta ketaatan kepada prinsip-prinsip asas negara.

Kehadiran YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid dalam program ini mencerminkan komitmen kepimpinan dalam memastikan setiap warga BPJPM terus menjiwai semangat “Bicara Aku Kasih Malaysia”. Inisiatif ini diharap dapat membentuk warga kerja yang memiliki jati diri kukuh, berintegriti serta berdaya saing dalam mendukung aspirasi negara ke arah Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan berdaya tahan.

 


Hubungi Kami

Bahagian Perlindungan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 7, Menara Usahawan,
Persiaran Perdana Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  •  +603-8000 8500
  • +603-8861 3636

Tag

Versi Mobile

http://www.bp.gov.my/

Statistik Pengunjung

Hari ini
:
 

Semalam
:
 

Minggu Ini
:
 

Bulan
:
 

Keseluruhan
:
 

Kemaskini Terakhir

 

VCNT - Visitorcounter

Today 219

Yesterday 244

Week 755

Month 5833

All 156403

Currently are 31 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • 22 September 2026.
Hak Cipta © Bahagian Perlindungan JPM 
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Microsoft Edge & Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768

Laman Web Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Hal Ehwal Undang - Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri

Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

PRIMTECH

asmall amed abig blue red reset mas en