Putrajaya, 29 Oktober 2024 - Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Sukan Negara BPJPM 2024. Majlis ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, Ketua Pengarah BPJPM.
Acara ini berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh semangat. Tayangan montaj memaparkan pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang Minggu Sukan BPJPM, dari 21 hingga 25 Oktober 2024. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk sukan ping pong, permainan tradisional batu seremban dan congkak, catur dan dart yang melibatkan penyertaan ramai warga BPJPM.
Majlis turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah yang menambah keterujaan warga BPJPM. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang sebagai penghargaan atas semangat kesukanan yang ditunjukkan. Para hadirin turut menikmati jamuan makan tengah hari bersama, yang menyemarakkan lagi semangat kekeluargaan dan perpaduan dalam kalangan warga BPJPM.
Majlis ini bukan sahaja meraikan pencapaian, tetapi juga mengukuhkan hubungan sesama warga jabatan melalui sukan dan aktiviti sihat.