Rabu 04 Disember 2024 / 2 Jamadilakhir 1446
Image

Kursus Pengiring Saksi Berprofil Tinggi Bil. 4 Siri 1/2024

Muar, 14 November 2024 – Seramai dua (2) pegawai kanan dan 13  anggota Cawangan Operasi, Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) terlibat dalam Majlis Penutup Kursus Pengiring Saksi Berprofil Tinggi Bil. 4 Siri 1/2024 disempurnakan oleh Ketua Pengarah BPJPM, YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid di Batalion 6, Pasukan Gerakan Am, Bakri, Muar, Johor.

Objektif utama kursus diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua petugas Cawangan Operasi BPJPM agar senantiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang ancaman luar jangka selain dapat mempertingkatkan kemahiran, pengetahuan dan kecekapan dalam melaksanakan penugasan mengiringi saksi berprofil tinggi.

Kursus ini bermula pada 2 November 2024  hingga 14 November 2024  dikendalikan oleh Jurulatih Unit Tindakhas (UTK), Polis Diraja Malaysia yang mana sepanjang kursus dijalankan peserta telah didedahkan dengan kemahiran pengendalian senjata api, asas pertolongan cemas, teknik mengiringi saksi formasi berjalan kaki dan berkenderaan, menganalisa persekitaran serta mengenalpasti ancaman.

Para tetamu yang hadir dipertontonkan dengan demonstrasi menyelamatkan saksi dari serangan semasa formasi berjalan kaki dan menyelamatkan saksi dari serangan berkenderaan.

Turut hadir YDH SAC Mohd Faisal bin Yahya (Timbalan Ketua Pengarah BPJPM) , ACP Skandaguru Anandan (Pengarah Cawangan Operasi BPJPM),  Supt. Mohd Haide bin A. Rahman (Pengarah Cawangan Siasatan BPJPM) , DSP Al-Hafiz bin Mohd Khalid (wakil Komander UTK),  DSP Mohd All Amin Bin Zawawi (wakil Pegawai Pemerintah Batalion 6, PGA Bakri, Muar, Johor) serta Pegawai dan anggota dari BPJPM, UTK dan Batalion 6, PGA Bakri, Muar, Johor.

 


Hubungi Kami

Bahagian Perlindungan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 7, Menara Usahawan,
Persiaran Perdana Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  •  +603-8000 8500
  • +603-8861 3636

Tag

Versi Mobile

http://www.bp.gov.my/

Statistik Pengunjung

Hari ini
:
 

Semalam
:
 

Minggu Ini
:
 

Bulan
:
 

Keseluruhan
:
 

Kemaskini Terakhir

 

VCNT - Visitorcounter

Today 1

Yesterday 91

Week 204

Month 267

All 61348

Currently are 9 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • 03 Disember 2024.
Hak Cipta © Bahagian Perlindungan JPM 
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Microsoft Edge & Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768

Laman Web Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Hal Ehwal Undang - Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri

Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

PRIMTECH

asmall amed abig blue red reset mas en