Majlis Penyerahan Kenderaan Jabatan (Pelupusan Secara Hadiah) Kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin
- Galeri Gambar
- Jumlah paparan: 12
Putrajaya, 21 November 2024 - Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Kenderaan Jabatan yang dilupuskan secara hadiah kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin.
Majlis ini disempurnakan oleh YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, Ketua Pengarah BPJPM. Turut hadir ialah YDH SAC Mohd Faisal bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah BPJPM, bersama pengarah-pengarah cawangan, pendaftar, dan warga BPJPM yang terlibat.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen BPJPM dalam menyokong usaha kebajikan demi manfaat masyarakat.