PENYERAHAN KENDERAAN HYUNDAI STARIA 2.2 KEPADA BAHAGIAN PERLINDUNGAN, JABATAN PERDANA MENTERI
- Galeri Gambar
- Jumlah paparan: 274
9 April 2026, Putrajaya – Perkarangan Menara Usahawan, Presint 2 menjadi lokasi berlangsungnya majlis penyerahan rasmi kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Staria 2.2 kepada Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM).
Simbolik penyerahan aset tersebut telah diterima secara rasmi oleh Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri, YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid. Penambahan aset kenderaan ini merupakan satu langkah progresif dalam memperkukuh keupayaan logistik serta memperkasa mobiliti jabatan bagi memenuhi keperluan operasi yang semakin dinamik dan mencabar.
Majlis yang dilaksanakan secara ringkas itu turut dihadiri oleh barisan pegawai BPJPM serta wakil syarikat pembekal. Penambahan kemudahan pengangkutan baharu ini dijangka dapat mengoptimumkan kualiti penyampaian perkhidmatan, sekali gus mempertingkatkan keupayaan responsif jabatan dalam melaksanakan mandat dan tanggungjawab rasmi dengan lebih efisien serta berkesan.

