Rabu 23 September 2026 / 10 Rabiulakhir 1448
Image
×

kesilapan

The webmaster has forbidden your access to this site

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH CAWANGAN OPERASI BAHAGIAN PERLINDUNGAN, JABATAN PERDANA MENTERI

7 April 2026, Putrajaya – Satu detik bermakna telah berlangsung di Bilik Perbincangan Ketua Pengarah, Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) apabila YDH ACP Ahmad Rahim bin Dollah secara rasmi menggalas amanah sebagai Pengarah Cawangan Operasi yang baharu.

Majlis serah terima nota tugas tersebut telah disempurnakan oleh YDH ACP Skandaguru A/L Anandan @ Ananthurai dan disaksikan oleh Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri, YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid.

Dalam amanatnya, Ketua Pengarah menekankan kepentingan menjunjung amanah serta mengekalkan kecemerlangan dalam setiap pelaksanaan tugas operasi bagi mendepani cabaran semasa yang semakin kompleks. Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan profesionalisme warga kerja dalam memastikan kelancaran pelaksanaan fungsi teras bahagian.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada YDH ACP Skandaguru A/L Anandan @ Ananthurai atas segala sumbangan dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pengarah Cawangan Operasi. Pada masa yang sama, ucapan tahniah turut dizahirkan kepada YDH ACP Ahmad Rahim bin Dollah atas pelantikan rasmi beliau untuk menerajui Cawangan Operasi BPJPM.

Majlis ini melambangkan kesinambungan kepimpinan serta komitmen berterusan Bahagian Perlindungan dalam memperkukuh kecekapan operasi dan memastikan pelaksanaan tanggungjawab perlindungan saksi dilaksanakan dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi.

 

 


Hubungi Kami

Bahagian Perlindungan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 7, Menara Usahawan,
Persiaran Perdana Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  •  +603-8000 8500
  • +603-8861 3636

Tag

Versi Mobile

http://www.bp.gov.my/

Statistik Pengunjung

Hari ini
:
 

Semalam
:
 

Minggu Ini
:
 

Bulan
:
 

Keseluruhan
:
 

Kemaskini Terakhir

 

VCNT - Visitorcounter

Today 228

Yesterday 244

Week 764

Month 5842

All 156412

Currently are 32 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • 22 September 2026.
Hak Cipta © Bahagian Perlindungan JPM 
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Microsoft Edge & Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768

Laman Web Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Hal Ehwal Undang - Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri

Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

PRIMTECH

asmall amed abig blue red reset mas en