PENYERTAAN PASUKAN CATUR BAHAGIAN PERLINDUNGAN, JABATAN PERDANA MENTERI (BPJPM) DI KEJOHANAN CATUR MAKSWIP 2026
- Galeri Gambar
- Jumlah paparan: 241
4–5 April 2026, Putrajaya – Pasukan Catur Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) telah menyertai Kejohanan Catur MAKSWIP Tahun 2026 yang berlangsung di Aras 1, Dewan Serbaguna, Menara Seri Wilayah, Jabatan Wilayah Persekutuan. Kejohanan yang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad ini memperlihatkan kesungguhan barisan pemain dalam membawa cabaran Bahagian Perlindungan dalam pertandingan sukan antara agensi kerajaan.
Pasukan BPJPM diperkuatkan oleh barisan pemain yang terdiri daripada Encik Mohammad Fadzli bin Ngatmi, Rico dan Neo, manakala Jager bertindak sebagai pegawai teknikal yang memberikan sokongan sepanjang kejohanan berlangsung.
Sepanjang empat pusingan perlawanan yang kompetitif, pasukan BPJPM telah menunjukkan daya saing yang tinggi ketika berhadapan dengan pemain daripada pelbagai agensi kerajaan. Encik Mohammad Fadzli bin Ngatmi berjaya mengutip sebanyak 3.5 mata daripada 7 mata penuh, manakala Neo memperoleh 3 mata daripada 7 mata penuh. Rico pula mencatatkan 1 mata daripada 7 mata penuh sepanjang kejohanan tersebut.
Pihak pengurusan merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh ahli Pasukan Catur BPJPM atas semangat juang, disiplin serta komitmen yang ditunjukkan sepanjang penyertaan dalam kejohanan ini. Penyertaan tersebut mencerminkan dedikasi warga Bahagian Perlindungan bukan sahaja dalam melaksanakan tugas rasmi, malah turut aktif dalam aktiviti sukan yang memupuk semangat kesukanan serta kerjasama berpasukan.

