PERHIMPUNAN BULANAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) BAGI BULAN (JANUARI) SERTA AMANAT TAHUN BAHARU 2026
- Galeri Gambar
- Jumlah paparan: 168
5 Januari 2026, Putrajaya – YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 sewaktu Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari, dengan menetapkan hala tuju pentadbiran yang jitu bagi Kerajaan. Yang Amat Berhormat menekankan semangat kebersamaan yang utuh serta menuntut komitmen tinggi penjawat awam menjadi penentu selaku nadi penggerak dasar untuk menterjemahkan visi negara dengan penuh amanah dan berimpak tinggi.
Kehadiran Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan JPM, Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid dalam majlis ini turut memperlihatkan komitmen kepimpinan Jabatan dalam mendukung aspirasi nasional tersebut. Dalam pada itu, YAB Perdana Menteri turut menzahirkan rasa syukur atas prestasi memberangsangkan negara yang terhasil daripada sokongan berterusan penjawat awam terhadap dasar Kerajaan Madani yang lebih progresif.
Fokus utama kini tertumpu kepada usaha melonjakkan mutu penyampaian perkhidmatan awam, membugarkan sinergi strategik merentas kementerian, serta memperkasakan agenda Malaysia MADANI secara holistik. Adalah menjadi harapan agar intipati amanat ini dapat dijadikan obor panduan serta pencetus motivasi kepada seluruh warga kerja JPM untuk terus melakar kecemerlangan dan memberikan khidmat bakti terbaik demi nusa dan bangsa, seiring dengan falsafah Malaysia MADANI.

