REFORMASI UNDANG-UNDANG: UURI KECAPI KEMAJUAN SIGNIFIKAN 2025, UTAMAKAN HALATUJU 2026
- Galeri Gambar
- Jumlah paparan: 159
5 Januari 2026, Putrajaya – Agenda reformasi perundangan dan institusi negara bakal memasuki fasa yang lebih agresif dengan berpaksikan kepada teras-teras utama, di mana agenda penggubalan beberapa undang-undang baharu bakal diberikan keutamaan khususnya pada tahun 2026. YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi - UURI), YB Dato’ Sri Azalina Othman Said menegaskan bahawa hala tuju strategik ini adalah kesinambungan kepada usaha memartabatkan prinsip Malaysia MADANI dalam sistem tadbir urus negara. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan JPM (BPJPM) bersama-sama pegawai dan anggota BPJPM yang mencerminkan komitmen serta sokongan padu terhadap hala tuju UURI.
YB Menteri memaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah menteri telah mencapai kata sepakat untuk terus memantapkan integriti sistem perundangan negara, di samping memperluas jangkauan Inisiatif Mahkamah Bergerak demi memastikan akses keadilan dapat dinikmati secara menyeluruh. YB Menteri turut mengetengahkan kembali kejayaan cemerlang sepanjang tahun 2025, khususnya kejayaan mutlak negara menoktahkan tuntutan kumpulan Sulu di Mahkamah Agung Perancis. YB Menteri memperbaharui iltizam kementerian untuk terus memacu agenda pembaharuan undang-undang dan institusi, selari dengan kerangka Malaysia MADANI.

