MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025 DAN JASAMU DIKENANG TAHUN 2026 BAGI KLUSTER UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI (UURI)
- Galeri Gambar
- Jumlah paparan: 329
19 Mei 2026, Putrajaya – YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YBhg. Dato’ Sri Azalina Othman Said telah merasmikan Majlis Apresiasi Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berlangsung di Dewan Saksama, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Putrajaya. Majlis tersebut menyaksikan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 serta Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) Tahun 2026 kepada para penerima daripada Kluster Undang-Undang dan Reformasi Institusi (UURI).
Seramai 158 penerima APC serta 26 pesara telah diraikan dalam majlis penuh penghargaan tersebut. Penerima terdiri daripada warga Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Bahagian Perlindungan (BPJPM), Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK), Akademi Perundangan Negara (APN), Lembaga Penasihat (LP), serta seorang pegawai pentadbiran daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) turut berbangga dengan pengiktirafan yang diterima oleh enam pegawai dan anggota sebagai penerima APC Tahun 2025, iaitu:
- Puan Nur Hidayah Raihan binti Md. Nasir
- DSP Suhaimi bin Sulaiman
- ASP Mohd Irwan bin Mamat
- ASP Nuurul Atila binti Ayob
- KPL Collina Shu Siew Ting
- KPL Hazwan bin Asli
Majlis ini turut memberi penghormatan kepada para pesara JPM yang telah dan bakal menamatkan perkhidmatan mereka pada tahun 2026 sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan sepanjang tempoh perkhidmatan dalam sektor awam.
Bagi BPJPM, penerima Anugerah Jasamu Dikenang Tahun 2026 ialah YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) sebelum menyertai BPJPM pada 20 Mei 2021. Sepanjang lima tahun perkhidmatan beliau di BPJPM, YBrs. Tuan Khairul Anwar telah menunjukkan komitmen, kepimpinan dan dedikasi yang tinggi dalam memperkukuh fungsi perlindungan saksi dan pengurusan keselamatan jabatan. Beliau dijadualkan bersara pada 14 Oktober 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada pihak urus setia serta semua jabatan dan agensi yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan majlis penghargaan ini. Semoga pengiktirafan yang diberikan akan terus menjadi pemangkin kepada budaya kerja cemerlang dan perkhidmatan awam yang berintegriti.

