SESI PENYERAHAN JERSI KEPADA KONTINJEN BPJPM BAGI KEJOHANAN PUTRAJAYA INTERNATIONAL DRAGON BOAT RACE 2026
- Galeri Gambar
- Jumlah paparan: 120
16 Julai 2026, Putrajaya – Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM), YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, telah menyempurnakan Sesi Penyerahan Jersi kepada Kontinjen BPJPM sebagai simbolik persediaan pasukan menghadapi Kejohanan Putrajaya International Dragon Boat Race 2026.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Persatuan Kanu Putrajaya ini bakal berlangsung pada 18 hingga 19 Julai 2026 di Kompleks Sukan Air Putrajaya. BPJPM akan diwakili oleh 14 orang peserta yang akan membawa cabaran jabatan dalam kejohanan berprestij tersebut.
Dalam majlis penyerahan jersi, Ketua Pengarah turut menyampaikan amanat serta kata-kata semangat kepada seluruh kontinjen agar sentiasa mengekalkan disiplin, semangat berpasukan dan komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua peserta atas kesungguhan mereka mewakili BPJPM dalam pertandingan tersebut.
Majlis simbolik ini mencerminkan sokongan berterusan pihak pengurusan terhadap penglibatan warga BPJPM dalam aktiviti sukan dan rekreasi yang bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat, malah memperkukuh semangat berpasukan, disiplin serta hubungan silaturahim dalam kalangan warga jabatan.

