Rabu 23 September 2026 / 10 Rabiulakhir 1448
Image
×

kesilapan

The webmaster has forbidden your access to this site

TAKLIMAT DAN LATIHAN PENGGUNAAN PRIMEDIC HEARTSAVE AUTOMATED EXTERNAL DEFIBRILLATOR (AED) (PORTABLE)

16 Julai 2026, Putrajaya – Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) telah menganjurkan Taklimat dan Latihan Penggunaan Primedic HeartSave Automated External Defibrillator (AED) (Portable) yang berlangsung di Ruang Gunasama, Bahagian Perlindungan.

Program yang diadakan dari 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesiapsiagaan warga BPJPM dalam menghadapi situasi kecemasan melalui penguasaan teknik Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) serta penggunaan Automated External Defibrillator (AED) secara betul dan selamat.

Sepanjang sesi berlangsung, para peserta telah diberikan penerangan mengenai fungsi, tatacara penggunaan dan kepentingan peralatan Primedic HeartSave AED (Portable) sebagai bantuan awal dalam menangani kes kecemasan melibatkan serangan jantung. Latihan amali turut diadakan bagi memberi pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai prosedur pengendalian CPR dan penggunaan AED mengikut garis panduan keselamatan yang ditetapkan.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan BPJPM dalam memperkukuh aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melalui usaha meningkatkan pengetahuan serta kemahiran warga jabatan dalam memberikan bantuan kecemasan awal. Inisiatif ini diharapkan dapat melahirkan warga kerja yang lebih bersedia, berkeyakinan dan kompeten dalam bertindak pantas ketika menghadapi situasi kecemasan.



Hubungi Kami

Bahagian Perlindungan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 7, Menara Usahawan,
Persiaran Perdana Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  •  +603-8000 8500
  • +603-8861 3636

Tag

Versi Mobile

http://www.bp.gov.my/

Statistik Pengunjung

Hari ini
:
 

Semalam
:
 

Minggu Ini
:
 

Bulan
:
 

Keseluruhan
:
 

Kemaskini Terakhir

 

VCNT - Visitorcounter

Today 228

Yesterday 244

Week 764

Month 5842

All 156412

Currently are 50 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • 22 September 2026.
Hak Cipta © Bahagian Perlindungan JPM 
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Microsoft Edge & Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768

Laman Web Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Hal Ehwal Undang - Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri

Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

PRIMTECH

asmall amed abig blue red reset mas en