SESI PENGGAMBARAN UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI BPJPM 2026
- Galeri Gambar
- Jumlah paparan: 361
13 Mac 2026, Putrajaya – Lobi Menara Usahawan menjadi saksi kepada penyatuan warga kerja yang segak dan anggun dalam persalinan Hari Raya. Kehadiran Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri, YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, bersama barisan pengurusan tertinggi dan seluruh warga BPJPM telah menyemarakkan suasana dengan aura kemeriahan yang sarat dengan nilai estetika serta ketertiban.
Melalui sesi penggambaran ini, YBrs. Tuan Ketua Pengarah bersama seluruh warga BPJPM turut menzahirkan doa agar Syawal yang bakal menjelma membawa keberkatan, kedamaian serta mengeratkan lagi tali silaturahim sesama warga kerja.
Seluruh warga BPJPM juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

