Seminar Program Perlindungan Saksi Bil. 2/2024
- Galeri Gambar
- Jumlah paparan: 104
KUANTAN, 9 Oktober 2024 - Seminar Program Perlindungan Saksi anjuran Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Sri Yahaya bin Othman, Ketua Polis Pahang.
Seminar ini dianjurkan bertujuan untuk memberi maklumat berhubung kuasa perlindungan kepada peserta program di bawah kuasa Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696]. Akta ini merupakan satu-satunya Akta yang memperuntukkan program perlindungan saksi bagi menangani gejala ugutan dan ancaman kepada saksi-saksi penting dalam sesuatu kes jenayah berat terutamanya kes jenayah terancang dan sindiket serta melibatkan kepentingan awam.
Antara intipati program adalah Pembentangan Kertas 1 mengenai Perlindungan Keselamatan dan Kebajikan Saksi dari Perspektif Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696] oleh YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, Ketua Pengarah BPJPM.
Program diteruskan dengan Pembentangan Kertas 2 dan Kertas 3 oleh YBrs. Puan Nur Hidayah Raihan binti Md.Nasir, Pendaftar BPJPM. Pembentangan Kertas 2 dan 3 ini menerangkan mengenai prosedur siasatan bagi pertimbangan kemasukan ke dalam Program Perlindungan Saksi dan keberkesanan Program Perlindungan Saksi dalam prosiding perbicaraan di mahkamah dalam melindungi keselamatan saksi.
Semoga Seminar ini memberi kefahaman berhubung Akta 696 yang mana perlindungan saksi boleh dimohon oleh individu atau agensi penguatkuasaan di negeri Pahang khususnya dan Malaysia amnya.